Alina meminta suaminya Tajol mengecat rumahnya yang telah pudar.. Tajol memberi alasan demi alasan bagi menolak permintaan alina..
Alina : "Abang.. dah 6 bulan saya minta abang catkan baru rumah kita.. tapi abang asyik cakap.. gaji tak cukup la.. nak beli itu ini la... macam-macam... kalau dah susah sangat.. abang belikan je cat.. biar saya yang cat semuanya.."
Kerana tak tahan dengan permintaan alina... tajol akhirnya membeli 3 tin besar cat dan menyerahkan kepada alina...
Keesokkannya alina mula mengecat rumah... dia memanjat tangga dan mengecat bahagian atas... tajol duduk di dapur sambil makan dan minum air jus tembikai...
tiba-tiba jiran sebelah rumahnya seorang wanita melintas di dapur dan ternampak tajol sedang makan dan minum air jus tembikai sedangkan isterinya sedang memanjat tangga mencecat rumah.
Jiran : "Kamu ni tajol... tak tahu malu ke.... alina susah payah memanjat tangga mengecat.. kamu bersenang lenang minum air jus tembikai di dapur"
Tajol : "Err.. err... alina cakap dia tak minum jus tembikai..."